
|
D'Big Boss D'Other ! D'Quotes ! D'Quran ! D'Hadith !
| Hello New Blog ^^ Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum...
Detik yang ditunggu-tunggu berkunjung tiba.. Wahahaha.. excitednya bila baru buat blog .. tapi kalau penulisan kita tak best jangan marah kita ya.. Ayat mungkin akan jadi 'BAKU' seketika kerana cikgu kita kata kalau nak menulis ni mulakan dengan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).. tapi kalau tak tinggi tu minta maaf lah ya.. kita baru belajar .. sebelum ni ada juga pernah buat dua tiga blog tapi semua tak menjadi.. tapi blog ni special sedikit sebab yang ni dikolaborasikan oleh kita dengan kakak kita.. minat juga menuis sebenarnya.. tu yang buat blog untuk dicurahkan idea-idea yang best-best.. In Sha Allah.. Doakan ya.. semuanya berjalan dengan lancar...
Blog ni mungkin akan diisikan dengan cerita-cerita atau apa-apa yang boleh dishare bersama.. kalau ada yang tidak menepati citarasa boleh leave comment..terutama yang ada rasa tidak puas hati... maklumlah kita orang baru dalam .. apa orang kata.. tulis-menulis ni.. ada hingus lagi. tetapi janganlah sampai bash-bash orang... hanya perlu luahkan saja.. Semua orang buat salah... Tidak semua orang sempurna .. kalau ada pun hanya Allah yang Mengkehendaki... Kita hendak merasmikan blog ni.. aduhai.. terover pula.. Malunya..
Kesimpulannya, kita harap awak suka dengan cara penulisan kita.. dengan cara kita berbicara dalam blog ni..dengan cara kita mencurahkan idea... hasil pemerahan otak kita untuk membina ayat bagi memuaskan hati para pembaca .. In Sha Allah.. KAlau rajin nak share idea yang bermain dalam kepala tu.. boleh lah leave comment ia sangat dialu-alukan..
Kita ni bukannya guna BMT tu sangat kadang-kadang saja.. Ketika mana ia diperlukan.. maka wajiblah kita menggunakannya.. Inilah permulaan bagi hasil nukilan, penulisan mahupun ceritera atau sketsa yang boleh dikongsi.. mungkin akan diambil dari muka buku "FACEBOOK" dan pencicip "TWITTER" .. tengoklah dulu.. nak tak nak saja .. asalkan rajin buka selalu.. kita akhiri penulisan dengan ASSALAMUALAIKUM.. jumpa lagi :)
0 Comment je lah >.<
|